Sabtu, 15 Ogos 2009

Tips khusyuk solat

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal
dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal
tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan
kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta
solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah
dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau
pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa
hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha
untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk
ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana
bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna
yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang
melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha
konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah
memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah
s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat
dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat
iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh
mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9.Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan
Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak
gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti
tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat
sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun
mendirikan sembahyang bersendirian ataupun
sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada
gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan
lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang
kekhusyukan ketika berjemaah.


P/S: Moga2 kita bertambah khusyuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan