Posted by Anak Sungai Derhaka at 10:18:00 AM
"Saya bimbang Kedah jadi macam Kelantan, negeri paling mundur di Malaysia, Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat) hanya pandai berdoa tetapi tidak tahu mentadbir dan disebabkan itu apabila rakyat berjumpa dengan saya di Manek Urai, mereka memohon bantuan termasuklah untuk membaiki masjid dan membina jambatan," Kata Muhyiddin ketika melancarkan Kempen Gerak Mesra 1Malaysia "BN Menang, Kedah Senang,"
Katanya semasa di bawah pemerintahan BN dahulu, kerajaan negeri terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan pusat kerana Kedah tidak mempunyai hasil pendapatan yang cukup untuk projek pembangunan.
Timbalan Perdana Menteri berkata atas dasar rakyat diutamakan, kerajaan pusat tetap membantu rakyat Kelantan dan membina jambatan di Manek Urai walaupun tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu baru-baru ini.
"Kelantan negeri paling mundur di Malaysia? Mana punya fakta yang Mat Sembab dapat ni.. yang aku tahu di Semenanjung Terengganu ialah negeri termiskin walaupun dapat royalti minyak dan dalam Malaysia ,Sabah adalah negeri paling mundur. Kedua-duanya ditadbir oleh BN sendiri.
Bukankah Muhyiddin sendiri yang telah berjanji untuk membina Jambatan di Manek Urai semasa PRK Manek Urai dulu.. Janji untuk memenangi hati pengundi bila dah kalahpun buat juga cuma untuk menimbulkan rasa bersalah kepada pengundi yang mengundi PAS..
BN Menang, Kedah Senang? ha.. ha.. ha..sepatutnya "BN KALAH, KEDAH SEJAHTERA!" kerana BN DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN. Sepatutnya itulah slogan yang sepatutnya Umno Kedah gunakan. atau gunakanlah slogan ni BN MENANG PEMIMPIN UMNO KEDAH KENYANG!!!
Nak nafi apa lagi? Hakikatnya BN dah menang dan perintah Kedah lebih 50 tahun dulu, sejak Malaysia masih lagi Tanah Melayu.
Pasai apa selama 51 tahun tadbir Kedah, Umno tak dak usaha untuk senangkan rakyat di negeri jelapang padi ini? Ramai rakyat Kedah tergolong dalam kategori orang susah, tak senang-senang dari dulu sampai la ni.
Bila PR ambil alih perintah Kedah Mac 2008 lalu, lepas wakil-wakil rakyat dPR membuka pusat khidmat, ramai yang pakat terkam pusat khidmat dan mohon bantuan itu dan ini, ada yang nak mohon bantuan JKM, ada yang nak mohon zakat, ada yang nak mohon perbaik rumah dan tak kurang juga yang mintak duit buat belanja harian.
Majoriti yang memohon masa tu adalah orang Umno yang susah lama dah, susah zaman Umno dan BN perintah lagi. Kita tanya pasai apa tak mohon sebelum ni? Jawapannya, dah mintak tapi..... depa pun tau walaupun ahli Umno tapi bukan kroni, susah macamana pun payah nak dapat bantuan.
Umno boleh ambik data permohonan bantuan untuk rakyat susah dengan agensi-agensi seperti JKM, Pejabat Zakat, Pejabat Daerah atau apa-apa agensi yang iktiraf wakil rakyat PR. Mula dari April 2008 sampai ke hari ini bertimbun permohonan yang dah dibuat, ada permohonan yang dah lulus dan ada lagi yang masih dalam proses.
Rakyat Kedah sepatutnya dah lama senang kalau Umno/BN tak menyeleweng hasil negeri. Buktinya laporan audit 2008, tak sampai setahun memerintah kerajaan PR di bawah Dato' Seri Ustaz Azizan boleh tingkatkan hasil negeri sebanyak 205%. Itu baru 9 bulan, kalau genap setahun tentu boleh cecah 275%. Guna formula paling senang, 275% kali dengan 50 tahun, tentu banyak hasil negeri kalau Umno/BN tak seleweng dulu, rakyat Kedah tentu dah senang.
Umno/BN kena malu la sikit kat Ustaz Azizan, dok tak duduk mai nak bagitau rakyat Kedah akan senang lenang kalau BN menang. Nah ambik pantun 2 kerat ni...
Wanita Umno pakai tudung merah
Piiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhhhhh !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan