Khamis, 12 November 2009

DAP suruh jual pasir ke Singapura

Oleh : AdukaTaruna

Sebenarnya gua malas ulas satu parti tahap hina macam UMNO ni. Tapi sebab ip parpu kari kerap sangat masuk blog gua, gua ulas jugak la. Moga2 dia baca sket. Kata orang belakang parang kalau diasah kerap, akan tajam juga. Tapi kalau belakang parpu kari, gua masih tengah ujikaji nih. Ngeeee....

DAP nak jual pasir ke Singapura melalui :

1. Parlimen
2. Media yang bebas (bebas dari unsur DAP itu sendiri)

Jadi, secara tamadunnya, PAS dan PKR sendiri boleh membantah secara ilmiah hasrat DAP tersebut. Inilah pentingnya Malaysia Baru dibentuk. Jika tidak, mari melihat UMNO?

1. Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Cina Lee Kuan Yew? - UMNO

2. Siapa yang menjual air murah dan beli semula mahal kepada Singapura? - UMNO

3. Siapa yang menyerahkan ratusan ekar tanah tadahan air Kota Tinggi kepada Singapura sehingga kawasan itu dikawal oleh tentera Singapura? - UMNO

4. Siapa yang menjual jutaan tan pasir Johor kepada Singapura sebelum ini? - UMNO

5. Siapa yang dayus melihat jet2 pejuang tentera Singapura melampaui sempadan udara Johor dan Pahang? - UMNO

6. Siapa yang kecut melaksanakan jambatan bengkok yang berupaya menjunamkan prestasi perlabhan Singapura? - UMNO

7. Siapa yang jual saham syarikat kepentingan Malaysia (kesihatan, telekomunikasi) kepada Singapura? - UMNO

8. Siapa yang tunduk kepada tekanan Singapura dalam kes Maybank membeli bank Indonesia? - UMNO

9. Siapa yang membuka hak secara global termasuk Singapura dan Israel untuk membeli kepentingan tanah Johor dalam Wilayah Iskandar? - UMNO

10. Siapa yang menterahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura? - UMNO

11. Siapa yang tunduk kepada tekanan Singapura dalam kes tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura? - UMNO

12. Siapa yang gagal meruntuhkan rumah api Singapura dan membina rumah api milik Malaysia di Pulau Pisang? - UMNO

13. Siapa yang sanggup mendaratkan khazanah minyak rakyat Kelantan ke Songkla, Thailand? - UMNO

14. Siapa yang takut kepada Singapura dalam duit EPF pekerja Malaysia di Singapura? - UMNO

Adakah semua ini melalui parlimen dan melalui media yang bebas? Inilah bahananya jika Malaysia Lama dikekalkan seperti mana kemahuan para ulama socai Terengganu. Takut mengharusi dan menguruskan satu perubahan berskala besar.

Adakah ini dinamakan mudarat kecil? Percayalah. Ijtihad ulama genetik Melayu tidak diperuntukkan 1 pahala. Tetapi sejuta bala. Bagaimana Parpu Kari pemuja Hadi and the gang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan