Ahad, 28 Mac 2010

Umpama Belayar Di Atas Sebuah Kapal

Daripada al-Nu'man bin Bashir bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya:

"Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat di atas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat di bawah. Orang yang berada di bawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka menggangu orang yang tinggal di atas. Kemudian orang yang berada di atas berkata: "Kami tidak akan membiarkan kamu naik menyakiti kami." Lalu orang yang berada di bawah berkata: "Sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal di bahagian bawah untuk mengambil air." Kalau mereka menahan 'tangan' mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu, maka selamatlah semuanya, tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja, maka mereka akan tenggelam kesemuanya." (Riwayat al-Tirmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan